Friday, July 2

Putus cinta? Jangan buat perkara sia-sia!



Putus cinta di zaman ini bukanlah satu perkara yang luarbiasa. Mana-mana pun kita akan dengar kisah-kisah insan yang kurang bernasib baik ini. Tapi apa yang menyedihkan Lia adalah ada segelintir insan yang putus cinta ini melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri. Kenapa perlu begitu? Tak sayang diri sendiri ke? Lia sedih sangat bila baca di majalah atau paper ada kes terjun bangunan lah, minum asid dan racun, gantung diri dan sebagainya hanya kerana putus cinta! Jika anda pernah cuba-cuba nak buat perkara seperti itu apa yang Lia boleh katakan ialah... ceteknya fikiran anda!

Lia tahu putus cinta itu sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi anda bagai nak rak menyintai seseorang tu dan akhirnya ditinggalkan terkontang-kanting. Tapi, sebelum anda terus membuat keputusan paling bodoh dalam hidup anda..sila fikirkan perasaan mak ayah yang telah membesarkan anda dari kecik. Bagaimana perasaan mereka bila anak yang mereka sayang jadi bodoh kerana cinta? Mana mereka nak letak air muka? Ingatla kekasih boleh dicari..tapi ibu bapa tiada pengganti!

Lia nak share dengan anda semua apa yang boleh anda lakukan jika anda mengalami situasi putus cinta ini...

1) Bawa bertenang. Tarik nafas sedalamnya dan mula berfikiran rasional. Tidak salah untuk rasa sedih, tapi jangan biarkan sehingga perasaan itu menguasai kewarasan anda.

2) Ambil lah wuduk dan lakukan solat istikharah. Minta dari Nya supaya diberi kekuatan jiwa untuk menempuhi hari-hari mendatang. Minta dipertemukan olehNya insan yang benar-benar untuk kamu.

3) Telefonlah rakan-rakan dan ajaklah mereka keluar untuk melupakan kisah pahit kamu itu. Habiskan masa kamu setiap hujung minggu beriadah bersama rakan-rakan. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan di jiwa dan fikiran kamu.

4) Bersantailah bersama keluarga. Lia percaya kamu sering keluar bersama kekasih kamu berbanding keluarga. Pada waktu inilah masa yang sesuai untuk kamu menghabiskan masa kamu bersama keluarga. Ajak keluarga bercuti di mana-mana pusat peranginan. Setidaknya keluarga kamu tahu yang kamu tidak pernah melupakan mereka.


5)Rehatkan diri sebentar dari berkenalan secara serius dengan mana-mana lelaki/wanita.  Percayalah hubungan sebegitu tidak  akan berjaya. Ianya di panggil ''Cinta Rebound" (akan Lia terangkan dalam entry akan datang) Dan Lia yakin hubungan itu tidak ikhlas kerana kamu cuma hendak melepaskan perasaan sedih kamu kepadanya sahaja.

6) Tetapi tidak salah jika anda menerima perlawaan rakan-rakan anda ke majlis-majlis atau party..walaupun tujuan rakan anda untuk mengenalkan seseorang kepada anda. Terima saja pelawaaan tersebut. tetapi harus letakkan di dalam minda anda, yang anda hadir hanya untuk menenangkan fikiran dan bukannya mencari pengganti baru dengan cepat.

7) Buang semua barang-barang dari pemberian si dia. Jangan ada satupun yang anda simpan. Ini cuma akan menambahkan kesedihan dalam diri anda terhadap perpisahan tersebut. Jika boleh pulangkan saja semua pemberiannya. Atau tidak bakarkan saja! tetapi jika ianya gelang emas atau cincin berlian janganla dibuang ye! Hehehe...mungkin anda boleh menjualnya dan menggantikan dengan cincin berlian yang baru.

8) Elakkan dari duduk berseorangan. Ini akan mebuatkan anda kerap terfikir mengenai perpisahan tersebut. Sebaiknya sentiasala berada sekeliling orang lain agar fikiran anda mampu bergerak bebas!


9) Jangan pernah merayu  kepada si dia untuk menerima diri kamu semula. Jika dia sudah tidak mahukan kamu lagi, maka tiada gunanya kamu bersama si dia. Jagalah maruahmu. Jangan rendahkan martabatmu hanya kerana cinta! Jika mereka sudah memperlakukan kamu begitu jadi untuk apa kamu bersamanya lagi? Pasti ada yang lebih baik darinya yang akan Allah berikan padamu nanti!


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

No comments: