Wednesday, July 7

Cinta Monyet!



Assalamualaikum. Lia nak tanya anda pernah tak lalui zaman percintaan remaja? Atau biasa kita panggil cinta monyet? Cinta monyet ni biasanya dilalui oleh golongan remaja ke bawah. Percintaan di bangku sekolah. Tidak kiralah dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.

Lia dah lalui nya. Masa tu umur Lia 16 tahun. Dulu masa Lia sekolah Lia tak pandai sangat nak bercinta. Yelah masa tu selekeh lagi.. tak ada orang pun yang nak dekat Lia ni. Lagipun masa sekolah dulu Lia tumpukan perhatian Lia pada pelajaran. Sebab masetu Lia dapat kelas pertama. So Lia takut kalau kene turun kelas jadi Lia berusaha kekalkan prestasi Lia supaya boleh terus berada kat kelas pertama tu. Jadi kire macam nerdy la zaman sekolah dulu. Tapi bila 16 tahun masa nak SPM memang Lia fokus jugak pada pelajaran tapi orang kata tekanan SPM tu buatkan kite kadang-kadang melakukan sesuatu yang tak pernah kita buat untuk release tension.

Itula yang berlaku pada Lia. Masa tu la sibuk nak rasa bercinta. Yelah cemburu tengok kawan-kawan Lia ada yang tersayang yang sama-sama study..sama-sama support antara satu sama lain. Tu yang teringin tu heheh. So Lia pun cube-cube la mendekat sorang jejaka ni. Dia setahun tua dari Lia.

Mula-mula die memang respon baik dengan Lia. Bila Lia da mula rapat dengan dia baru lah Lia tahu yang dia ni antara yang menjadi kegilaan gadis-gadis kat sekolah tu. Kalau tahu dari awal sumpah Lia takkan dekat. Sebab selalunya orang macam ni takkan serius dengan satu-satu perempuan. Tapi nak buat macam mana mase tu da terlanjur menyukai..

Mula-mula tu die memang ok dengan Lia. Tapi lepas beberapa minggu ada orang cari Lia dan tanya siapa kekasih Lia. Memanglah pelikkan. Tapi kawan Lia jawab je la jejaka Z itula kekasih Lia. (Masetu da declare pon) Lepas beberapa hari tu baru la Lia tahu sebenarnya orang yang bertanya tentang Lia itu adalah kekasih kepada si Z tu jugak. huhu Frust gile la dengar. Tapi Lia buat-buat cool je.




Lia balik rumah dan Lia minta kawan baik Lia menyamar dan call si Z tu. Minta si Z teka siapa. Malangnya si Z sebut nama perempuan lain la pulak. Bukan nama Lia atau bukan jugak nama perempuan yang datang cari Lia tempoh hari. Aduhai...ku terjerat cinta romeo rupanya. Mase tu Lia memang tak fikir apa. Setiap hari Lia korek tabung ambil duit syiling. Segenggam Lia bawak duit syiling nak pegi public fon. Nak buat apa lagi nak telefon si Z la. Masa tu Lia memamg bodoh sikit bab cintan-cintan ni. Tak pernah terfikir kenapa Z tak pernah pun nak call Lia atau sms. Lia je yang selalu call die.

Sampailah one day kawan kepada kekasih si Z tu berjumpa Lia dan minta Lia jangan ganggu Z lagi. Lia mestila terkejut kan. Sebab Z pun tak pernah cakap ape-ape. So Lia call Z dan minta penjelasan. Apa yang buat Lia terkedu time tu Z sanggup cakap pada Lia yang Lia cuma gundik nya dan perempuan itu adalah permaisurinya! Rasa rendah sangat nilai diri. Z juga suruh Lia cari orang lain dan turut ingin perkenalkan Lia pada temannya. (Lia tahu mase tu teman Z suka pada Lia..tapi Lia x minat)

Esoknya di sekolah waktu balik, Z sengaja lalu depan Lia berjalan beriringan dengan kekasihnya. Mulanya kekasihnya seperti menjauhkan jarak antara dia dan Z. Mungkin ingin menjaga hati Lia atau takut Lia terkam dia kot hehe. Tapi Lia hanya mampu senyum. Dan bagi Lia itulah kali terkahir Lia akan menghubungi nya lagi. Lia tidak mahu terlibat dengan Z dan cinta romeonya. Biarlah Lia tumpukan perhatian Lia pada SPM yang bakal tiba.

Dan itula last last Lia percaya lelaki. Sampaila Lia mengenali kekasih Lia yang sekarang. Walaupun cuma cinta monyet tapi kesannya pada Lia memang dalam. Sebab tu agak lama untuk Lia buka hati ni pada lelaki. Dan sejak itu Lia semat dalam hati bahawa jika ada lelaki yang baru Lia kenali berkata sayang atau cinta pada Lia...bagi Lia lelaki itu tidak jujur dan tidak layak memiliki Lia. Mana ade orang baru jumpa boley sayang kan?

Itu je lah satu kisah cinta monyet Lia...anda pula bagaimana? Sedih ke gembira?

Tuesday, July 6

Jom kenali si dia melalui warna kegemaranya!


MERAH
Individu ini memiliki sifat yang tegas dan sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan dalam kehidupan ke arah yang lebih positif dari semasa ke semasa. Selain itu, peminat warna ini juga memiliki mood yang agak panas! Hai-hati...



PUTIH
Mereka ini disifatkan sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan optimis dalam membuat sesuatu keputusan. Sikap kurang bercakap ada kalanya agak membimbangkan. Selain itu, si dia juga suka menyimpan rahsia membuatkan individu sekelilingnya suka memahami dirinya.



JINGGA
Bagi individu yang suka warna ini, mereka di anggap sebagai individu yang sukakan cabaran dan gemar bersaing. Keunikan warna ini turur memperlihatkan sikap si penggemarnya yang memiliki idea kreatif dalam pelbagai perkara. Dari sudut lain pula, mereka ini dikategorikan sebagai individu yang setia terhadap pasangannya! Wah untungla kamu...!



HIJAU
Berhati-hati dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara adalah sifat yang boleh dilihat dengan jelas! Selain itu, sikap bertanggungjawab juga sentiasa menjadi aset terbaik buat penggemar warna hijau ini. Lebih istimewa lagi, orangnya di anggap penyayang! Wah...suka la Lia sebab bf Lia suka warna hijau...hahahha




KUNING
Bijak megimbangi antara hal peribadi dan kerja adalah sifat yang ada dalam penggemar warna ini. Karisma yang dimilikinya sering mendapat perhatian dan ramai yang jatuh hati dengan keperibadian yang dimiliki bagi peminat kuning ini. Jangan cemburu jika ramai yang meminati pasangan anda ye! hehehhe

Monday, July 5

Murah & Cantik!

Untuk kulit sensitif
Masker Vitamin C

♠ 2 sudu makan yogurt
♠ 2 sudu teh jus oren
♠ 1 sudu teh minyak almond manis

Cara
Campurkan semua bahan sehingga rata. Setelah leher dan wajah kamu dibersihkan, lumurkan masker ke seluruh permukaan wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejuk


Khasiat
Yogurt dapat menyegarkan kulit serta menghilangkan merah-merah pada wajah. Sedang jus oren kaya dengan Vitamin C yang membantu menghilangkan masalah penuaan.Minyak almond pula berfungsi melembabkan kulit


Untuk kulit kering
Masker Madu dan Almond
♠ 1 bungkus oatmeal segera
♠ 2 sudu makan susu segar
♠ 1/4 cawan almond cincang yang sudah dikupas

Cara
Campurkan semua bahan. Kacang almond dihancurkan menggunakan pengisar. Setelah halus, masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan oatmeal hingga ia rata. Aplikasikan ke seluruh wajah dan leher yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Setelah dibiarkan selama 15minit, bilas menggunakan air sejuk.

Khasiat
Butiran oatmeal dapat menyegarkan kulit. Manakala almond berfungsi sebagai "peeling" yang bekerja dengan lembut


Untuk kulit berminyak
Masker Deep Cleansing dan Toning
♠ 1 sudu makan madu
♠ 1 biji kuning telur
♠ 1 sudu makan biji jagung makan

Cara
Campurkan semua bahan jadi satu. Lalu sapukan pada wajah yang telah dibersihkan. Picit wajah perlahan-lahan. Biarkan selama 25minit dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu sapukan penyegar dan pelembab

Khasiat
Madu dapat melembabkan kulit. Kuning telur membantu menghilangkan noda hitam pada wajah. Sementara biji jagung pula boleh menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Akhir sekali sapukan pelembab untuk "mengunci" vitamin dan zat yang melembabkan kulit.

4 Perkara mengenai lelaki yang wajib anda tahu

Mungkin ada diantara gadis atau wanita yang masih tidak cukup kenal sifat yang ada pada semua lelaki. Meh Lia share apa 4 perkara tentang lelaki yang wajib anda tahu. Supaya dengan itu kamu bolehla mengenali mereka dengan lebih dekat

♥ Cantik pada lelaki bukan satu ukuran. Lelaki lebih gemar mendekati seorang wanita yang memiliki kesopanan dan budi bahasa yang tinggi. Bonus sekiranya si wanita itu mempunyai pemikiran dan minat yang sama!

♥ Sekiranya si dia berkata "hmmm...tengoklah dulu" ia nya bermaksud dia tidak gemar atau kurang bersetuju dengan apa yang diperkatakan kamu

♥ Cemburu adalah perkara normal bagi lelaki. Tetapi ia jarang ditunjuk kan secara terus dan kadangkala ianya disembunyikan sahaja.

♥ Sememangnya lelaki sering tewas dengan air mata wanita. Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah orang yang paling disayanginya. Memang benarlah airmata merupakan senjata bagi wanita!

Friday, July 2

Putus cinta? Jangan buat perkara sia-sia!



Putus cinta di zaman ini bukanlah satu perkara yang luarbiasa. Mana-mana pun kita akan dengar kisah-kisah insan yang kurang bernasib baik ini. Tapi apa yang menyedihkan Lia adalah ada segelintir insan yang putus cinta ini melakukan perkara yang merosakkan diri sendiri. Kenapa perlu begitu? Tak sayang diri sendiri ke? Lia sedih sangat bila baca di majalah atau paper ada kes terjun bangunan lah, minum asid dan racun, gantung diri dan sebagainya hanya kerana putus cinta! Jika anda pernah cuba-cuba nak buat perkara seperti itu apa yang Lia boleh katakan ialah... ceteknya fikiran anda!

Lia tahu putus cinta itu sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi anda bagai nak rak menyintai seseorang tu dan akhirnya ditinggalkan terkontang-kanting. Tapi, sebelum anda terus membuat keputusan paling bodoh dalam hidup anda..sila fikirkan perasaan mak ayah yang telah membesarkan anda dari kecik. Bagaimana perasaan mereka bila anak yang mereka sayang jadi bodoh kerana cinta? Mana mereka nak letak air muka? Ingatla kekasih boleh dicari..tapi ibu bapa tiada pengganti!

Lia nak share dengan anda semua apa yang boleh anda lakukan jika anda mengalami situasi putus cinta ini...

1) Bawa bertenang. Tarik nafas sedalamnya dan mula berfikiran rasional. Tidak salah untuk rasa sedih, tapi jangan biarkan sehingga perasaan itu menguasai kewarasan anda.

2) Ambil lah wuduk dan lakukan solat istikharah. Minta dari Nya supaya diberi kekuatan jiwa untuk menempuhi hari-hari mendatang. Minta dipertemukan olehNya insan yang benar-benar untuk kamu.

3) Telefonlah rakan-rakan dan ajaklah mereka keluar untuk melupakan kisah pahit kamu itu. Habiskan masa kamu setiap hujung minggu beriadah bersama rakan-rakan. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan di jiwa dan fikiran kamu.

4) Bersantailah bersama keluarga. Lia percaya kamu sering keluar bersama kekasih kamu berbanding keluarga. Pada waktu inilah masa yang sesuai untuk kamu menghabiskan masa kamu bersama keluarga. Ajak keluarga bercuti di mana-mana pusat peranginan. Setidaknya keluarga kamu tahu yang kamu tidak pernah melupakan mereka.


5)Rehatkan diri sebentar dari berkenalan secara serius dengan mana-mana lelaki/wanita.  Percayalah hubungan sebegitu tidak  akan berjaya. Ianya di panggil ''Cinta Rebound" (akan Lia terangkan dalam entry akan datang) Dan Lia yakin hubungan itu tidak ikhlas kerana kamu cuma hendak melepaskan perasaan sedih kamu kepadanya sahaja.

6) Tetapi tidak salah jika anda menerima perlawaan rakan-rakan anda ke majlis-majlis atau party..walaupun tujuan rakan anda untuk mengenalkan seseorang kepada anda. Terima saja pelawaaan tersebut. tetapi harus letakkan di dalam minda anda, yang anda hadir hanya untuk menenangkan fikiran dan bukannya mencari pengganti baru dengan cepat.

7) Buang semua barang-barang dari pemberian si dia. Jangan ada satupun yang anda simpan. Ini cuma akan menambahkan kesedihan dalam diri anda terhadap perpisahan tersebut. Jika boleh pulangkan saja semua pemberiannya. Atau tidak bakarkan saja! tetapi jika ianya gelang emas atau cincin berlian janganla dibuang ye! Hehehe...mungkin anda boleh menjualnya dan menggantikan dengan cincin berlian yang baru.

8) Elakkan dari duduk berseorangan. Ini akan mebuatkan anda kerap terfikir mengenai perpisahan tersebut. Sebaiknya sentiasala berada sekeliling orang lain agar fikiran anda mampu bergerak bebas!


9) Jangan pernah merayu  kepada si dia untuk menerima diri kamu semula. Jika dia sudah tidak mahukan kamu lagi, maka tiada gunanya kamu bersama si dia. Jagalah maruahmu. Jangan rendahkan martabatmu hanya kerana cinta! Jika mereka sudah memperlakukan kamu begitu jadi untuk apa kamu bersamanya lagi? Pasti ada yang lebih baik darinya yang akan Allah berikan padamu nanti!


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."