Untuk kulit sensitif
Masker Vitamin C
♠ 2 sudu makan yogurt
♠ 2 sudu teh jus oren
♠ 1 sudu teh minyak almond manis
Cara
Campurkan semua bahan sehingga rata. Setelah leher dan wajah kamu dibersihkan, lumurkan masker ke seluruh permukaan wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejukKhasiat
Yogurt dapat menyegarkan kulit serta menghilangkan merah-merah pada wajah. Sedang jus oren kaya dengan Vitamin C yang membantu menghilangkan masalah penuaan.Minyak almond pula berfungsi melembabkan kulitUntuk kulit kering
Masker Madu dan Almond♠ 1 bungkus oatmeal segera
♠ 2 sudu makan susu segar
♠ 1/4 cawan almond cincang yang sudah dikupas
Cara
Campurkan semua bahan. Kacang almond dihancurkan menggunakan pengisar. Setelah halus, masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan oatmeal hingga ia rata. Aplikasikan ke seluruh wajah dan leher yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Setelah dibiarkan selama 15minit, bilas menggunakan air sejuk.Khasiat
Butiran oatmeal dapat menyegarkan kulit. Manakala almond berfungsi sebagai "peeling" yang bekerja dengan lembutUntuk kulit berminyak
Masker Deep Cleansing dan Toning♠ 1 sudu makan madu
♠ 1 biji kuning telur
♠ 1 sudu makan biji jagung makan
Cara
Campurkan semua bahan jadi satu. Lalu sapukan pada wajah yang telah dibersihkan. Picit wajah perlahan-lahan. Biarkan selama 25minit dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu sapukan penyegar dan pelembabKhasiat
Madu dapat melembabkan kulit. Kuning telur membantu menghilangkan noda hitam pada wajah. Sementara biji jagung pula boleh menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Akhir sekali sapukan pelembab untuk "mengunci" vitamin dan zat yang melembabkan kulit.
No comments:
Post a Comment