Tuesday, June 29

Jadikan hari bersama si dia indah!

Perkara ni selalu menjadi masalah kepada pasangan yang dah bersama bertahun-tahun. Yela jika dah 4 tahun berkapel, boleh dikatakan satu Malaysia dah jelajah. Sebut je pantai mana, taman mana, sume dah cukup tawaf. Kalau yang baru je sebulan dua berkapel tu pasti tiada masalah bila nak keluar berdating. Banyak lagi tempat yang boleh mereka lawati bersama. Harini Lia nak share tips-tips pada mereka yang dah buntu sangat x tahu nak berdating ke mana lagi. Jangan runsing2..bukan kah sepatutnya hari bersama si dia tu menjadi hari istimewa? Jangan jadikan ianya bosan dan hambar.

1) Rancang seminggu awal
Jika pada hujung minggu anda sudah berjanji hendak keluar bersama, anda sudah boleh mula merancang mana anda nak pergi. Boleh google di internet mane destinasi yang menarik untuk dilawat. Tidakla nanti bila sampai masanya dua-dua tidak tahu apa yang harus di lakukan. Jika kamu sudah berbulan-bulan tidak berjumpa bukan ke rugi masa bersama di habiskan begitu saja dengan hanya berjumpa dan makan2 tanpa perancangan.



2) Batalkan temujanji lain
Batalkan saja temujanji anda yang lain. Tidak kiralah jika anda sudah berjanji dengan rakan baik untuk menonton bola bersama-sama. Bola sudah pasti ada siaran ulangannya. Tapi pasangan anda belum tentu ada kelapangan pada masa lain.Khaskan hari tersebut hanya untuk bersama si dia. Jika boleh matikan saja telefon bimbit atau tukarkan pada mode senyap. Supaya hari anda bersama si dia tidak terganggu oleh orang lain. Dalam seminggu ada 7 hari..xkanla SATU hari bersama sidia tu pun anda masih nak menjawab panggilan pejabat atau rakan-rakan? Biasanya pasangan mmg akan bertolak ansur jika telefon anda asyik berdering tidak henti dan anda asyik berbual di telefon saja berjam-jam berbanding meluangkan masa dengan pasangan. tapi dalam hati siapalah tahu kan. Pasti nya sedih.

3) Hadiah buat si dia
Tidak perlu setiap kali berjumpa anda melakukannya. Cukupla sekali sekala anda bawakan hadiah untuk pasangan anda apabila berjumpa. Biarpun bukan hari jadinya..ini membuatkan pasangan merasa terharu dan tahu yang anda amat-amat menyanyagi dan menghargai dirinya. Dengan itu si dia tahula yang dirinya sentiasa dalam fikiran anda!




4) Kejutan
Anda sudah tahu hendak bawa pasangan ke mana..tetapi rahsiakan darinya. Katakan pada sidia yang ianya sebuah kejutan! Pasti pasangan anda akan merasa sangat teruja dan tidak sabar-sabar ingin tahu kemana destinasi yang akan anda bawa. Tidak semestinya anda perlu bawa si dia ke pusat pelancongan terkemuka. Anda juga boleh membawa pasangan anda ke restoren yang baru dibuka yang mempunyai masakan kegemarannya dan anda tahu masakan di restoren itu sememangnya sedap-sedap belaka.

5) Fikirkan bersama
Biasanya jika hendak keluar bersama, lelaki la yang akan menentukan kemana hendak pergi. Tetapi mereka juga manusia biasa sayang..pasti ada ketikanya si dia mati akal hendak kemana. Apa salahnya anda turut bersama merancang. Tidak salah sekali sekala anda yang memberikan cadangan.



6) Lakukan aktiviti bersama
Sekali sekala apa kata ajak pasangan anda beriadah bersama-sama. Jika anda berdua seorang yang sangat aktif, bawalah pasangan anda mendaki gunung atau berkayak! Pastinya seronok jika masa dapat dihabiskan bersama dengan aktiviti yang sihat! Boleh juga mencuba sukan baru setiap kali anda berjumpa. Sekarnag di mana-mana pun sudah ada disediakan aktiviti sukan dengan harga yang berbaloi. Cubalah!




7) Keluar bersama teman
Anda boleh mengajak si dia untuk keluar bersama-sama rakan anda seperti berkaraoke dan sebangainya. Aktiviti berkumpulan ini juga pasti menarik. Sekurang-kurangya tidakla sunyi jika berdua saja kan. Tapi harusla bertolak ansur ya. Janganla bila sampai waktu teman wanita anda mengajak anda pergi keluar makan-makan bersama teman-temannya anda tolak pula. Si dia sudah berkorban untuk anda..takkanlah anda tidak mahu beralah? Dalam perhubungan perlu ada toleransi. Baru la semuanya di hadapai dengan gembira.

No comments: