Sunday, June 27
Cinta Pandang Pertama
Pernah tak anda mengalami perkara seperti ini? Cinta pandang pertama.. Anda jangan tersilap ya.. Cinta Pandang Pertama dengan Cinta Pertama adalah dua perkara yang sangat berbeza... Cinta Pertama adalah perasaan cinta anda pada insan yang pertama berjaya mencuri hati anda... Cinta Pertama biasanya meninggalkan kesan yang amat mendalam. Sebab itu ramai yang cakap pada lia..cinta pertama akan tetap di hati walaupun ketika itu kite da berkahwin serta mempunyai anak dengan orang lain. Walaupun cinta pertama itu sangat menyakitkan.
Cinta Pandag Pertama pula adalah apabila...secara tidak sengaja kite terjatuh hati pada seseorang itu walaupun pertama kali kite terlihat wajah nya. Dari mata turun kehati kata orang. Walhal sebelum ni kita x pernah pun berjumpa atau tidak pernah pon kenal orang tu. Deja Vu kata orang.. Rasa macam kita da mencintai mereka tu bertahun2!
Lia tidak pernah alami cinta pandang pertama..sungguh! Lia da pernah lalui zaman cinta monyet..cinta internet..cinta rebound...tapi tidak cinta pandang pertama.. Kadang2 teringin nak lalui pengalaman mcm tu.. Lihat Nora Danish dan Jejai. Nora adalah cinta pandang pertama Jejai. Tapi sayang tidak berkesudahan baik. Itu risiko cinta pandang pertama sebenarnya.. Sebab..mereka masih belum mengenali hati budi antara satu sama lain sepenuhnya! Tapi Lia percaya..andai cinta itu ikhlas kerana Allah..pasti Cinta Pandang Pertama itu berakhir menjadi Cinta Sejati..
Tapi Lia bersyukur kepadaNya..kerana Lia sudah memiliki cinta sejati lia... Jika diizinkan olehNya.. dialah jodoh Lia... Jika tidak..pasti Dia ada sebabnya sendiri. Kerana Dia sentiasa inginkan yang terbaik buat hambaNya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment