Monday, June 28

Cantik ke tidak?

Hurm...lia selalu dengar kawan-kawan lia mengeluh..terutama yang masih belum punya kekasih. Setiap kali lia balik dari bersama si dia, pasti ada yang menegur "Untung Lia..best kan ade bf ni? Lia cantik x mcam kitorang ni. Bf jongang pon susah nak lekat" Haii...Lia ni bukannya cantik sangat pun kawan.. Biasa2 saja... Kalau Lia ni cantik pasti dapat kekasih macam Asraff Sinclair ke kan.. heheheh

Ada juga antara kawan lia yang tanya "apa rahsia lia kulit cantik" hurm...Lia mana ada rahsia ape-ape.. Kulit lia ni dari jauh je begitu tapi kalau kalian lihat dari dekat pasti pengsan...hhehehe. Tidak susah pun sebenarnye menjaga kulit muka ni. Yang penting kita rajin dan ada disiplin diri. Kalau bangun pun sudah pukul 4 petang...alamat..berkedut cepat la muka anda sume..hehehe

Mari la Lia share sedikir tips tuk dapatkan kulit yang cantik ya...



1) Udang galah dan Tiram -

Kedua makanan laut ni bagus untuk mengelakkan jeragat malah boley membuatkan rambut  kita berkilat tanpa perlu sapu minyak tau. Ini kerana makanan ini mengandungi kandungan zink yang tinggi dimana ia mampu meningkatkan kadar imune badan serta mengelakkan terjadinya bintik2 hitam pada wajah. Tapi jangan ambil pada kuantiti yang terlalu banyak..takut allergic pula yang dapat.



2) Artichoke -

Bagus untuk wajah yang bersih dan segar!. Ini kerana ia mengandungi serat yang sangat diperlukan oleh kulit. Serat ini mampu menyahkan toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh dan secara tidak langusng kulit kita sihat dan bersih.



3) Spinach dan tomato -

Jangan ingat popeye je yang makan spinach. Kita pon boleh mula start makan spinach dari sekarang! Ia mengandungi Vitamin A dan C yang sangat penting untuk kulit wajah kita selain kandungan serat yang juga tinggi.

Selain mengamalkan makanan yang sihat dan berkhasiat..jangan lupa cuci wajah anda dengan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit  sekurang kurang nya 2 kali sehari. Cuci setiap kali keluar atau setiap kali bermekap lagi bagus. Sebab bila kite keluar debu komfem banyak yang melekat pada pori kulit. Jika dibiarkan boleh tersumbat dan akhirnya?? Jerawat batu la yang bertakhta kat muka..heheheh

No comments: