Monday, June 28

Sifat perempuan yang buat lelaki tidak suka

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya..kenapa sehingga kini diri masih tidak mempunyai teman istimewa. Nak kata tiada rupa..sempurna..nak kata tidak pandai..ada Ijazah lagi. Tapi kenapa tiada lelaki yang tertarik? Alahai..umur da semakin meningkat tapi masih belum ada steady. Jangan la runsing kawan. Disini Lia kongsikan apa yang membuatkan lelaki semakin menjauhkan diri dari kita. Jika ada yang terkena pandai-pandaila ambil tindakan untuk mengubahnya



1) Tidak pandai bergaya

Bukanlah bermaksud berpakaian mengalahkan artis korea jika keluar bersantai. Cukupla sekadar anda sedap mata memandang. Pakai pakaian yang sesuai dengan tema. Jika sekadar keluar ambil angin..tshirt comel dan jeans sudah memadai. Rambut disisir rapi. Tudung di pin dengan kemas. Sedikit lipstick dan bedak pun sudah cukup asalkan wajah anda kelihatan segar. Barula anda nampak sweet!



2) Selekeh
Jangan lupa iron baju dan seluar anda walaupun hanya memakai kemeja-t. Nanti orang lihat anda ni seperti anak dara pemalas pula. Baju pun malas nak gosok. Pakai la sepatu yang sesuai. Pernah Lia jumpe sorang awek ni pakai selipar jamban je. Memangla nak tunjuk anda seorang yang tidak kisah dan simple. Tapi biarlah kena pada tempatnya. Lia tengok pon x berselera..hehhehe



3) Makan gelojoh
Jangan ingat tiada perempuan yang makan gelojoh. Memang ada. Lia pernah jumpa awek mcm ni. Mungkin da terbiasa bila makan dengan adik beradik dan keluarga. Tapi kan tidak manis dilihat? Lelaki tengok pun naik takut. Bukan takut apa..takut terbayangkan anda ni seperti raksaksa yang boleh menghabiskan makanan dalam satu restoren sekelip mata! Mungkin anda tidak sedar perkara ni..tapi jangan pelik jika anda tertanya kenapa selepas keluar makan bersama si dia, hari seterusnya si dia tidak mahu berjumpa anda lagi.

4) Terlampau seksi
Lia tengok sekarang ni kaum-kaum Lia semakin berani berpakaian. Ada yang hanya bersinglet je bila keluar. Ingat la kawan..lelaki hanya mendekati wanita seksi ini dengan satu tujuan saja. Lelaki ni walaupun tidak sempurna tetapi mereka inginkan wanita yang solehah untuk dijadikan pasangan hidup. Mana ada lelaki yang mahu tubuh pasangannya dilihat oleh orang lain? Pakai pakaian yang sopan kan lebih baik. Bukan saja diri..maruah keluarga pun terjaga.

5) Menunjuk-nunjuk
Boleh jadi ianya secara langsung atau tidak langsung. Tak perlula nak beritahu lelaki yang anda berasal dari sebuah keluarga berada. Anda ada kereta sport..anda ada wang saku bulanan yang diberi keluarga. Atau anda nak tunjuk pada lelaki yang anda seorang berpelajaran tinggi. Bangga bercerita tentang lifestyle anda yang serba mewah. Speaking mat salleh meletup-letup. Ini semua hanya membuatkan lelaki rimas dengan anda. Jika anda sudah punya segalanya maka bagi lelaki dia pun tidak perlukan anda.

6) Tidak pernah puas
Apa saja yang diberi oleh sidia pasti ada kritikan dari anda. Pantang lihat perempuan lain ada itu..itu la yang anda minta sidia carikan. Sekali sekala mungkin tidak apa. Jika setiap kali berjumpa anda da buat perangai macam ni..alamat bye bye la ya. Kerana lelaki suka jika apa yang mereka berikan dihargai oleh pasangannya.



7) Queen Control
Baru beberapa hari anda dan sidia kenal..anda sudah mula menunjukkan sikap queen control. Kemana saja dia pergi anda ingin tahu. Apa saja yang sidia buat anda ingin dia laporkan kepada anda. Wah! Jika begini lebih baik sidia tak perlu kahwin dengan anda..Tinggal dengan mak pon da boleh rasa mcm tu..hehehe. Lelaki tidak suka jika pasangannya mengatur-atur kehidupannya. Inign menjadi seperti yang anda harapkan. Bukankah kita perlu ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan pasangan? Sikap begini boleh membuat kan sidia bosan bersama anda.



8) Emosional
Kita semua tahu airmata wanita senjata paling berkesan untuk melembutkan hati lelaki. Tapi gunakanlah bertempat. Jangan la jika ditegur sikit anda melenting..atau bari dinasihat sikit sudah berjurai-jurai airmata. Alahai..sudah2 la tu..Lia pun rimas kalau ada yang perangai macam ni.

So mcm mana? Jika ada diantara di atas terkena tepat pada anda..lebih baik cepat mengubahnya. Jangan kata lelaki..perempuan pun tidak suka. Tetapi..jika semuanya sudah anda baiki..tapi masih tidak bertemu pasangan, berdoalah kepada Allah swt. Ada satu perancangan istimewa buat anda dariNya. Jangan pula terlalu memilih ya. Kerana tidak ada manusia yang sempurna di dunia ni. Kita di lahirkan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi.

No comments: